Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:
Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].
Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.
Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.
Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen!
Kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.
Kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.
Kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.
Zunita Binti Abd Karim Dari Selangor successfully purchase "KURMA AJWAH ALIYAH RUQYAH" 3 years ago